Wednesday, October 29, 2008

SEJARAH DAERAH SIMUNJAN

Menurut cerita orang tua-tua, Simunjan berasal dari perkataan Melayu Sarawak. Pada zaman dahulu, penduduk asalnya terdiri daripada penduduk dari seberang iaitu dari kawasan Ensengei yang berhijrah kesini. Kebanyakan penduduk pada zaman dahulu bekerja di lombong arang batu. Ketika sedang menyalakan mancis untuk membakar arang batu cuaca pada masa itu sering hujan. Keadaan ini menyebabkan mancis yang digunakan menjadi lembab atau dalam bahasa Melayu Sarawaknya dipanggil “semun”.Disebabkan kawasan ini masih tiada nama, maka penduduk asalnya menggabungkan perkataan “semun” dan “hujan” hingga dinamakan Simunjan. Itulah asal-usulnya hingga diberi nama Simunjan.

Selain kisah tersebut, nama Simunjan dikatakan berasaskan cerita seorang Pedagang Cina yang belayar menuju ke sini dengan kapal Wangkong dan berlabuh di Sungai Simunjan. Pedagang berkenaan membawa muatan garam dan tembakau yang dikenali sebagai “jan”. Sementara berlabuh, dia naik ke darat untuk menjemur “jan” namun pada waktu itu cuaca mendung. Sambil tersenyum, seorang pemuda Melayu berkata, “semunlah jan kau tu”. Semenjak itu, perkataan “semun” dan “jan” menjadi “Semunjan.” Walaupun dikenali sebagai Daerah Simunjan namun penduduk tempatan memanggil daerah ini dengan nama “Semunjan”.


No comments: