Thursday, October 23, 2008

MAKLUMAT AM SIMUNJAN

Daerah Simunjan adalah salah sebuah daerah bawah pentadbiran Bahagian Samarahan. Keluasan Daerah Simunjan ialah lebih kurang 2,077 km persegi. terletak kira-kira 176 km dari Bandar Kuching berdasarkan jalan darat dan 103 km melalui jalan air.Sebuyau dan Gedong adalah di bawah pentadbiran Daerah Simunjan. Bentuk muka bumi Simunjan secara keseluruhannya adalah berbukit-bukau. Penduduk Simunjan yang seramai 56,500 orang (Mid-year Population Estimate 2000) terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Iban dan Cina. Seperti mana lazimnya daerah-daerah lain di Sarawak, para penduduk di sini mengamalkan sikap toleransi antara satu kaum dengan kaumyang lain. Mengikut Pegiraan Penduduk tahun 2000, kaum bumiputera berketurunan Melayu terdiri daripada kaum yang terbesar di daerah ini dengan jumlah 16,812 orang (52.7%), manakala kaum Iban berjumlah 13,400 orang atau 43.3%. Jumlah penduduk bukan bumiputera iaitu termasuk kaum Cina dan lain-lain berjumlah 4%.Daerah Simunjan adalah dibawah pentadbiran Pejabat Daerah Simunjan dan Majlis Daerah Simunjan. Pejabat Daerah Simunjan diketuai oleh Pegawai daerah Encik Sulaiman bin Haji Han dan beliau dibantu oleh seramai 22 orang kakitangan dan Pegawai Tadbir N3 sehingga ke Pembantu Awam Rendah R11 dan seorang Amah. Pada keseluruhannya, bentuk pentadbiran Pejabat Daerah Simunjan ini serupa dengan mana-mana Pejabat Daerah yang lain. Jika adapun perbezaanjenis kemusykilan yang dihadapi adalah disebabkan oleh ketidaksamaan komposisi penduduk dengan daerah lain di negeri Sarawak. Misalnya keperluan penduduk di daerah yang majoritinya terdapat kaum Iban atau Bidayuh agak berlainan dari segi sosial berbanding dengan keperluan kaum Melayu yangjumlahnya agak besar di daerah Simunjan.Oleh kerana itu, pendekatan menangani sesuatu masalah yang timbul agak berlainan sedikit. Jika ada perselisihan faham, misalnya, diantara keluarga mengenai pembahagian tanah pusaka atau bidang tanah yang menimbulkan masalah pembahagian, maka di kawasan kaum bumiputera Dayak, adat-adat yang sedia ada perlulah diberi keutamaan yang sewajarnya.

1 comment:

laelwadsworth said...

Casino Wyandotte - MapyRO
Find Casino 동해 출장샵 Wyandotte (City) in Wyandotte, 창원 출장샵 NY. See activity, reviews and 군포 출장샵 information for Casino 공주 출장샵 Wyandotte in Wyandotte, 하남 출장안마 NY.