Thursday, October 23, 2008

MAKLUMAT AM SIMUNJAN



Simunjan terkenal dengan produk beras tempatan
Pengangkutan jalan raya bagi kawasan Simunjan buat masa sekarang ialah pengangkutan menggunakan jalan raya yang dibina dalam tahun 1976 bermula di persimpangan Km 112 Jalan Kuching/Sri Aman. Untuk perjalanan masuk ke Pasar Simunjan adalah sejauh 55 km dengan keadaan jalan masih jalan batu, hanya sesetengah kawasan sahaja yang telah diturap. Disebabkan kemudahan pengangkutan telah ada, maka dapatlah para petanimemasarkan hasil-hasil tanaman dengan mudah. Hasil-hasil tanaman yang terkenal merupakan beras Biris iaitu sejenis beras wangi yang lembut. Tanaman ini merupakan tanaman ekonomi ( cash crop) bagi penduduk di persekitaran tebingan Batang Sadong. Pengusaha kebun lada hitam untuk beberapa tahun yang lepas merupakan kegiatan yang mendatangkan hasil ekonomi yang lumayan oleh kerana harga lada yang mencecah harga yang tertinggi sehingga RM20.00 sekilo. Tetapi sekarang harga komoditi ini telah turun lebih daripada separuh, maka hasil ekonomi penduduk setempat telah berkurangan tetapi pengeluaran telah bertambah. Pengusaha tanaman padi secara estet ada terdapat di Daerah Simunjan iaitu di kawasan Lubok Trenggas dan di kawasan Kampung Empelas, Simunjan. Selain daripada kegiatan pertanian, Daerah ini juga ada beberapa kilang kayu yang masih beroperasi. Dengan adanya kilang kayu ini maka ramai penduduk daerah mencebur diri dalam kegiatan pembalakan di sekitar kawasan Simunjan. Daerah ini masih banyak kawasan-kawasan hutan simpanan yang masih mempunyai kayu untuk kegiatan pembalakan. Dengan ini jelas bahawa kegiatan-kegiatan tersebut telah mendatangkan keuntungan kepada penduduk setempat dan hasil-hasil tersebut juga telahmenjanakan perkembangan ekonomi Daerah Simunjan.

No comments: