Tuesday, February 3, 2009

PUSAT PERKHIDMATAN DAN ILMU KOMUNITI


Penerangan Logo Pusat Perkhidmatan Dan Ilmu Komuniti

Butang Talian (Power On Button)
melambangkan sumber maklumat dan pengetahuan yang berterusan, hidup dan berarus setiap masa.
Warna hitam butang talian
melambangkan keteguhan, kekuatan dan komitmen dalam merealisasikan usaha-usaha merapatkan jurang digital.
Grafik seperti lintasan jambatan berwarna oren
melambangkan akses, penghubung dan penjalin komunikasi yang menyeberangi jurang digital dalam destinasi menjadikan Malaysia sebuah negara maju berteraskan masyarakat berpengetahuan seperti yang telah diterapkan dalam Wawasan 2020.

Warna oren jambatan
melambangkan semangat baru, aktif dan pantas.