Pusat Jahitan & Upholestry Simunjan
Nama Pengusaha : Puan Liliah Bt Abdullah ( Jahitan, kraftangan )
En Abg Padil Bin Abg Mohamad ( sofa dan batu bata )
Alamat : Fasa 2, Jalan Tun Abg Haji Openg,
Taman Hijrah,
94800 Simunjan, Sarawak

Telefon : 013 8282179
Bilangan pekerja : 4 orang ( dikalangan ahli keluarga sahaja )

Gambar : Pusat Keusahawanan
Gambar : Papan Tanda
Gambar : Kelihatan beberapa orang pelanggan yang datang menempah pakaian

Gambar : Antara Produk yang dihasilkan
Sejarah Penubuhan Pusat Jahitan & Upholestry Simunjan
Tapak Pusat Jahitan ini ditubuhkan dan dibina pada tahun 2005 atas bantuan dan sumbangan daripada Jabatan Pertanian dan WEDA. Projek ini diusahakan dibawah projej Indusri Kecil-kecilan di Simunjan bagi membantu taraf hidup masyarakat di Simunjan khususnya yang berpotensi untuk dimajukan.
Sebelum penubuhan tapak ini. Puan Lilliah telahpun bergiat aktif dalam bidang ini dirumah dengan mengambil upah penduduk sekitar sejak tahun 1998. Bagi perusahaan sofa dan juga batu bata, En Abg Padil juga telah mula mengambil upah pada tahun 1980-an. Beliau memiliki sebuah mesin membuat batu bata untuk mengambil upah dari orang kampung.
Walaupun pemilik mempunyai kemahiran dan berpotensi untuk dimajukan namun terdapat sedikit halangan kerana tanah yang mereka bina untuk tapak ini adalah dibina diatas tumpangan tanah oleh Pihak Kerajaan sahaja. Pada masa sekarang, pelbagai persoalan kerana tidak mengetahui status hak milik tanah ini adalah milik Pengusaha ataupun milik Landsurvei. Pelbagai usaha telah dilakukan namun belum berhasil. Oleh yang demikian En Abg Padil amat berharap agar mereka memeperolehi hak untuk memiliki tanah ini agar perusahaan mereka ini dapat diperkembangkan dan seterusnya dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar Simunjan. Atas sebab itu, pihak pemilik masih tidak mendaftar nama syarikat bagi Perusahaan mereka.
En Abg Padil berjanji sekiranya status tanah ini telah diselesaikan, mereka akan memperkembangkan produk mereka bagi memajukan Simunjan.
Puan Liliah Bt Abdullah
Puan Liliah menghasilkan dan mengambil tempahan membuat pelbagai jenis baju lelaki dan wanita. Kebiasaannya sepasang baju wanita akan dikenakan upah sekitar RM 20 sehingga RM 100 mengikut jenis kain dan fesyen baju yang dikehendaki. Bagi sepasang baju lelaki pula dikenakan upah sekitar RM 40 sehingga RM 60 mengikut fesyen dan jenis baju yang dikehendaki. Walaubagaimanapun sekiranya terdapat jenis kain dan fesyen yang lebih menarik harga yang berpatutan akan dikenakan.
Selain itu, Puan Liliah juga menghasilkan produk kraftangan seperti beg dan perhiasan dinding yang berharga sekitar RM 18 sehingga RM 30 mengikut kesesuaian.
Puan Liliah juga turut menyediakan perkhidmatan mengajar orang yang mempunyai asas menjahit. Walaubagaimanapun upah yang dikenakan adalah berdasarkan harga baju yang ingin dipelajari.
En Abg Padil Bin Mohammad
En Abg Padil mempunyai kemahiran dalam pembuatan sofa. Beliau mengambil upah membuat dan membetulkan sofa yang rosak di Simunjan. Bagi harga membuat sofa yang baru kebiasaannya sekitar RM 2000 sehingga RM 3000 mengikut fesyen dan kain yang digunakan. Bagi membetulkan sofa yang rosak pula, beliau mengambil upah sekitar RM 900 sehingga RM 1000 mengikut kerosakan dan kain yang digunakan. Tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu barang adalah lebih kurang seminggu.
Selain itu, En Abg Padil juga menyediakan perkhidmatan untuk menambah kecantikan pada bahagian dinding rumah melalui cara melekatkan kain yang bermutu di sekeliling dalam rumah. Kebiasaannya harga yang ditetapkan sekitar RM 3000 sehingga RM 5000 mengikut kain dan besar rumah tersebut.
Disamping itu, berbekalkan sebuah mesin membuat batu bata, En Abg Padil turut mengambil upah membuat batu bata untuk penduduk Simunjan. Harga yang ditetapkan adalah RM 1.30 sebiji bata.
Harapan dan Ucapan dari pihak Pengusaha
En Abg Padil mewakili isterinya merakamkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Pertanian, Pihak Weda dan semua pihak yang terlibat dalam memajukan perusahaan mereka selama ini. Oleh yang demikian agar status tanah yang mereka diami dapat diselesaikan bagi memudahkan untuk memajukan produk mereka dan mempromosikan produk Simunjan dimata luar.